Followers

Tuesday, March 1, 2011

kerja..oh kerja











Hai Dunia!
hari ni nak cakap tentang masalah penting bagi mereka yang berkerja
bila cakap sahaje pasal kerja semua orang nak cakap kerje depa susah.
"weh aku kena lap muntah."
"aku kene buli dengan pekerja senior"
"aku kene mop lantai, penat doh"


chop!
name pun kerje.
memanglah susah.


ingat tak?
ingat tak mase anda boring dengan kelas sejarah dulu(mase budak sekolah a.k.a mase muda-muda dulu)
anda teringin.... sangat nak kerja.
korang kata..
bosannye belajar.
kerja lagi best!


ingat tak..
ingat tak..
haa!
sekarang dah kerja
tengah-tengah mop lantai tu korang kata..


penat lah kerja..
lepak ngan kawan dekat sekolah lagi best.


haha


kalau nak ikut ikutkan memanglah penat


* aku penat jugak kerja!  rase malas je nak keje
   esok masuk tengah hari..
   stok sampai..  adoii..
   hrmm..


kembali kepada agenda kita
tapi anda kene fikirkan apakah kebaikan bila anda berkerja.


*aku cakap macam lah aku bagus sangat.


mari kaji ape yang bestnye kerja:
1)boleh lah korang merasai bertapa susahnye mak bapak korang cari duit


* alah dorang duduk dekat office ade aircond, kita orang berdiri.. penat doh !
hello de! but still dorang penat jugak,
kene marah dengan bos..
jari jemari penat asyik taip je dekat komputer..
jadi bualan orang..


same jekan dengan situasi kite.
so, bile korang bekerja, korang akan pikir dua kali nak habiskan duit mak bapak korang.
betul tak?


2)bile korang berkerja, korang akan dapat duit.


bila dapat duit,semua bende boleh buat.


beli baju baru,
beli kasut baru,
beli barang dalam sendiri.(takan nak beli seluak dalam minta mak kot)
setiap minggu tengok wayang,
boleh minum air dekat starbuck,


semua bende anda boleh buat
jika..
duit ada.
nak duit.. kene kerja


bak kate cikgu linda(rindu nak dengar cerite pasal babi dari cikgu..opss )
bukan senang nak senang.


so,
kerna lah berkorban sikit.. korang kan dah besar


3) dengan bekerja anda boleh menyelami isi hati seorang pelayan.


haa.
anda akan tahu bertapa penatnya seorang pelayan melayan kehendak pelanggan yang bermacam-macam karenah.


nak itulah, nak inlah


so, ( banyak pulak perkataan so.. ni kalau cikgu linda tahu.. habis kene cubit)
anda tak lah sesuke hati dan sesedap rase nak marah-marah pelayan tu..
sebab dia pun manusia jugak.. penat kerja macam kite tengah bekerja sebagai pelayan..


kalau hendak difikir-fikirkan.. dalam umur kita yang masih muda ni.. kita hanya perlu belajar sahaja
bab-bab kerja ni biar orang dewasa uruskan.


tapi korang harus ingat jugak.
satu hari kita akan menceburi bidang kerja ini untuk mencari rezeki.
maknenye, dari sekaranglah kita kene belajar buat bende bende semua
bak kata cikgu bahasa inggeris


experience is the best teacher.


apa yang perlu korang buat untuk memastikan keseronokan boleh menghinggap masuk dalam tempat kerja korang adalah:


1)bangun pagi cakap:
heh, hari ni kerja lah
besssstnye kerja.
(kata-kata itukan doa)


2)bila sudah keletihan bekerja.
korang buat lah lawak-lawak zizan dekat rakan sekerja
mesti dorang gelak punye lah sebab lawak tu datangnye dari zizan.
bila adanya kegelakan di tempat kerja.. maka stres pun hilang sebab dah terkeluarr mase tergelak tadi.
dan secara tidak langsung hubungan korang dengan rakan sekerja bertambah rapat.


3) korang kene baik dengan semua orang.
bila dah baik dengan semua orang.
dapatlah ramai kawan.
bila dah ramai kawan.. tempat kerja jadi best.


*tips untuk pikat hati bos
belanje lah bos selalu.


4) korang try lah buat aktiviti yang menarik dekat tempat kerja.
boleh bawak kad poker, sementara tunggu pelanggan datang
Atau pun try buat aktiviti luar seperti 
makan malam bersama rakan sekerja.
tengok wayang bersama rakan sekerja(percayalah ini berkesan)


so,konklusinya kerja memanglah penat tapi diri korang yang akan menjadi penawar kepada kepenatan tersebut.


minda korang akan mempengaruhi situasi sekeliling


harap tips ini boleh lah tolong korang
kalo still jugak nak berhenti kerja.
aku tak boleh buat apa-apa
okey
bye for now.
jumpa anda esok!
senyum selalu!

No comments:

Post a Comment